Inovasi yang bermakna ialah memperkasa, memelihara, memanusiakan kehidupan – Raja Muda Perlis

Inovasi yang bermakna ialah memperkasa, memelihara, memanusiakan kehidupan – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
14 DIS. 2025

Biarlah teknologi menjadi pemangkin kemuliaan insan, bukan pengganti kepada fitrah manusia.

Setiap ciptaan dan idea baharu sama ada lahir dari universiti mahupun industri hendaklah tidak terpisah daripada tanggungjawab sosial dan kesejahteraan rakyat.

Inovasi yang benar-benar bermakna ialah yang memperkasa, memelihara dan memanusiakan kehidupan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam kenyataan media oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas Baginda berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Haji Mohd Noor.

30 ORANG ASNAF

Sempena program tersebut, Baginda turut berkenan menyempurnakan Agihan MAIPs Peduli kepada 30 orang asnaf yang terdiri daripada 15 orang Anak Kariah Arau 1 dan 15 orang Anak Kariah Arau 2.

Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM700, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan pada majlis berkenaan mencecah RM21,000.

Secara keseluruhan, Hijrah Minda menjadi platform penting MAIPs dalam melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan berakhlak, tetapi juga berupaya menyumbang kepada kesejahteraan negeri Perlis melalui perubahan minda dan amalan kehidupan yang lebih baik. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.