Institusi Kekeluargaan Diseru Proaktif Santuni Anak Yatim

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru institusi kekeluargaan agar memainkan peranan secara proaktif dalam usaha menyantuni anak yatim daripada aspek perlindungan, pendidikan, kewangan dan kebajikan.

Baginda bertitah, perkara tersebut perlu diberi penekanan bagi memuliakan golongan itu secara berterusan sejajar dengan tuntutan agama.

“Anak-anak yatim merupakan generasi akan datang dan seperti mana kanak-kanak dan remaja lain, mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan dalam membentuk masa depan.

“Sehubungan itu, besar harapan saya untuk melihat institusi kekeluargaan dan masyarakat berganding bahu dalam usaha berterusan menyokong anak-anak ini dari pelbagai sudut khasnya kasih sayang, kebajikan, pendidikan dan kewangan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyantuni golongan anak yatim dari kariah Kota Raja Arau di Masjid Negeri Arau, di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada empat buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di negeri ini.

Sumbangan tersebut diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor melalui Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Pada program sama, baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan van jenazah sumbangan Syarikat Ummul Travel And Tours Sdn Bhd bagi kegunaan Masjid Negeri Arau yang diterima oleh Imam Besar Negeri, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content