Kangar Jaya Mall bakal menjadi mercu tanda baharu di Perlis

Oleh: Sholina Osman
2 SEPT. 2025

Kangar Jaya Mall bakal muncul sebagai mercu tanda baharu di Perlis apabila dibuka diharapkan pada sebelum penghujung tahun ini, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat beli-belah terbesar di negeri ini.

Dengan pelaburan sekitar RM100 juta, kompleks moden setinggi tiga tingkat ini dibina di atas lokasi yang strategik dan dilengkapi dengan 870 petak tempat letak kereta demi menjamin keselesaan maksimum kepada para pengunjung.

Antara tarikan utama adalah Golden Screen Cinemas (GSC), yang menampilkan enam ‘cinema halls’ berkapasiti 696 tempat duduk, termasuk Play+ yang pertama di Utara Semenanjung Malaysia.

DUA LAGI “CINEMA HALLS”

Pada masa hadapan, GSC bersedia menambah dua lagi ‘cinema halls’, menjadikan jumlah keseluruhan lapan pawagam untuk memenuhi permintaan hiburan yang semakin meningkat.

Dengan gabungan jenama ternama, kemudahan hiburan dan pengalaman gaya hidup menyeluruh, Kangar Jaya Mall bukan sahaja bakal menjadi hab beli-belah utama di Perlis, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta memperkayakan kehidupan komuniti setempat.

Tarikh mula operasi dibuka kepada umum akan ditetapkan selepas segala kelulusan diperoleh dan para penyewa kemudiannya memerlukan masa untuk membuat kerja-kerja renovasi untuk outlet masing-masing.

MENINJAU STATUS TERKINI

Maklumat tersebut dipersembahkan oleh Pengurus C-Mart 3 Sdn. Bhd., Kim Lin Teng kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena keberangkatan Baginda meninjau status terkini projek tersebut baru-baru ini.

Turut berangkat sama ialah anakanda baginda, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Sebelum lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengetuai program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Behor Lateh, Kayang.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN MAIPs

Baginda berkenan menyantuni serta menyempurnakan penyampaian sumbangan MAIPs kepada tiga asnaf terpilih iaitu Shaidi Mohd Ros, 59, dari Kampung Titi Serong, Abd Rashid Abdul, 64, dari kampung yang sama, dan Sudin Shaari, 74, dari Kayang.

Setiap penerima menerima bantuan berupa wang tunai sebanyak RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.