Kayuhan Merdeka 2025 Perkukuh Persahabatan Malaysia–Thailand

8 September 2025, Sadao

Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Selatan Thailand diingatkan agar sentiasa menghormati adat resam, norma budaya serta sensitiviti agama masyarakat setempat, khususnya di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataannya menekankan kepentingan berpakaian sopan, khususnya ketika melawat rumah ibadat atau kawasan luar bandar, selain mengamalkan tingkah laku berhemah serta berinteraksi secara mesra dengan penduduk tempatan bagi mencerminkan imej positif Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkongsi pesanan itu selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Pejabat Daerah Sadao sempena Kayuhan Merdeka 2025 bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-68 dan Kempen Tahun Melawat Perlis 2024–2026 (TMPs 2024–2026).

Program anjuran bersama MAIPs, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Pejabat Daerah Sadao dan TTG Perlis itu turut memberi peringatan mengenai risiko banjir kilat serta jalan terputus yang sering berlaku di wilayah Selatan Thailand pada musim hujan berpanjangan antara September hingga Disember.

Simbol Persahabatan Rentas Sempadan
Pegawai Daerah Sadao yang baharu dilantik, Nattakarn Sainoi, menyatakan penghargaan terhadap penganjuran program diraja tersebut yang disifatkan mampu memperkukuh hubungan persahabatan serta mengangkat sektor pelancongan dua negara jiran.

Kayuhan kali ini disertai 56 peserta, terdiri daripada ketua agensi negeri dan Persekutuan selain wakil sektor swasta. Selain mempromosikan gaya hidup sihat dan kesedaran kesihatan, ia turut berperanan sebagai jambatan menghubungkan budaya, ekonomi dan gaya hidup masyarakat di kawasan sempadan.

“Lebih daripada itu, kayuhan ini membawa simbolik kerjasama dan kesepaduan erat antara kedua-dua negara yang berkongsi kedekatan geografi, budaya dan kehidupan masyarakat,” kata Nattakarn.

Bagi pihak penduduk Sadao, beliau turut menzahirkan menjunjung kasih kepada Raja Muda Perlis serta penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang berganding bahu menjayakan program tersebut.

Kenangan Bermakna
Sebagai simbolik peringatan, Tuanku Raja Muda berkenan menanam sepohon pokok daun semambu atau Siamese Neem Tree di perkarangan Pejabat Daerah Sadao.

Secara keseluruhannya, Kayuhan Merdeka Sadao 2025 bukan sahaja mengangkat semangat kecergasan dan gaya hidup sihat, malah melakar makna mendalam sebagai simbol persahabatan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang merentasi sempadan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.