LTdL 2025: Peringkat Kedua Padang Besar–Kepala Batas Uji Pakar Pecut

Padang Besar, 29 Sept – Peringkat kedua Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 hari ini menyajikan saingan sengit sejauh 166.1 kilometer dari Padang Besar, Perlis menuju ke Kepala Batas, Pulau Pinang.

Acara pelepasan rasmi di podium utama telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang turut berkenan menyempurnakan sesi ramah mesra serta perkenalkan pasukan bertanding. Baginda juga menyaksikan acara simbolik penyerahan anak pokok oleh empat pemenang peringkat pertama di Langkawi semalam.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin serta Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemical Fertiliser Kedah Sdn. Bhd., Khalidah Ambiah.

Laluan kali ini merentasi bandar utama di utara tanah air termasuk Jitra, Pendang dan Sungai Petani, dengan tiga zon pecutan ditetapkan masing-masing di Jitra (54.0 km), Pendang (90.0 km) dan Sungai Petani (142.9 km).

Pelumba dijangka menamatkan kayuhan di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Kepala Batas sekitar jam 2.52 petang (masa terpantas) hingga 3.01 petang (jangkaan biasa), sebelum majlis penyampaian hadiah berlangsung pada jam 3.20 petang.

Peringkat kedua ini dijangka memihak kepada pakar pecut dan berpotensi mengubah kedudukan jersi pendahulu, sekali gus menjadikan LTdL 2025 terus hangat diperkatakan. Kehadiran ribuan penonton di lokasi pelepasan dan garisan penamat turut menambahkan semarak acara berprestij rantau Asia ini.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.