KUALA PERLIS, 7 Jan — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membelanjakan sebanyak RM9.16 juta bagi bantuan kediaman sepanjang 2020, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
“Sejak 2013 sehingga 2020 MAIPs telah menyumbangkan sebanyak 3,799 buah rumah di seluruh negeri Perlis dan ia adalah hasil sumbangan dan kepercayaan para penyumbang zakat,” titah baginda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata sepanjang 2020, MAIPs telah membantu sebanyak 727 buah rumah melalui tiga skim bantuan.
Menurut beliau, skim tersebut ialah bantuan sebuah kediaman, bantuan baik pulih penuh kediaman dan bantuan baik pulih mikro kediaman yang dilaksanakan melalui kerjasama 102 buah kariah masjid seluruh Perlis.
Tarikh kemaskini: 4/18/2025