MAIPs Salur Sumbangan Sokong Program Dakwah dan Komuniti di Kenya

NAIROBI, 27 Julai 2025 – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, bagi menyokong pelaksanaan program komuniti dan dakwah Islam di Kenya.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, TYT Ruzaimi Mohamad, menerima sumbangan tersebut bagi pihak pejabat beliau, dan merakamkan penghargaan atas keprihatinan MAIPs serta sokongan berterusan Raja Muda Perlis terhadap pendekatan diplomasi dakwah dan kemanusiaan yang memperkukuh imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Turut mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Majlis turut disertai oleh Mufti Perlis, Sahibus Samahah Datuk Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, dan Setiausaha Kedua Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Syarafina Adilah Abdul Nasir.

Dalam ucapannya, TYT Ruzaimi memaklumkan bahawa sumbangan tersebut akan disalurkan kepada pelaksanaan pelbagai program kebajikan dan dakwah menjelang bulan Ramadan akan datang. Antaranya termasuk:

Pengagihan makanan kepada komuniti Islam rentan di sekitar Nairobi
Program kebajikan berasaskan keperluan asas
Aktiviti rohani dan sokongan spiritual untuk golongan miskin bandar
Sumbangan ini disifatkan sebagai manifestasi komitmen berterusan MAIPs dalam menjunjung semangat Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam, serta memperkukuh kerjasama rentas sempadan antara Malaysia dan komuniti Islam antarabangsa.

Ia juga memperlihatkan peranan MAIPs sebagai peneraju dalam memperluas pengaruh diplomasi zakat dan dakwah global melalui pendekatan bersifat menyantuni dan inklusif.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content