Merdeka International Ride SAM Kelantan 2025 Warnai Perlis

Padang Besar, 24 Ogos – Lebih 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Superbikers Association of Malaysia (SAM) Kelantan, bersama beberapa peserta dari Thailand, telah menjayakan program Merdeka International Ride SAM Kelantan 2025 (MIRSK 25) dengan berkonvoi ke negeri Perlis baru-baru ini.
Dalam siri jelajah berkenaan, para peserta turut dibawa melawat destinasi pelancongan utama yang menjadi tarikan pelawat ke negeri ini antaranya Galeri DiRaja Arau, projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai di Kuala Perlis, Plaza Niaga Padang Besar Street, Qasim Bukit Chabang Mari, Empangan Timah Tasoh serta beberapa lagi lokasi istimewa.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menyantuni peserta konvoi tersebut, sekali gus menyerikan lagi siri jelajah yang bertujuan menyokong kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Kempen itu turut dilanjutkan sehingga 2026 bagi disekalikan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Konvoi bermula dari Dataran Mahsari, Tanah Merah, Kelantan, sebelum singgah bermalam di Pulau Pinang dan seterusnya ke Perlis. Dari negeri ini, peserta kemudiannya merentasi sempadan ke Hatyai, Thailand sebelum pulang ke Kelantan melalui Sungai Golok.
Para peserta melahirkan penghargaan di atas limpah perkenan Tuanku Raja Muda Perlis yang sudi meluangkan masa bersama rombongan dari Padang Besar hingga ke Bukit Chabang dan Empangan Timah Tasoh.
Mereka juga kagum dengan keindahan alam semula jadi yang menjadi anugerah kepada negeri Perlis, keramahan masyarakat setempat serta keenakan sajian makanan dengan harga yang berpatutan – keunikan yang diyakini mampu terus menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content