Minat Mendalam Automotif, Mohd Hafis Rangkul Anugerah Tangan Emas

ARAU, 12 Mac – Minat mendalam terhadap bidang teknologi automotif sejak dari kecil membolehkan Mohd Hafis Abu Talib merangkul Anugerah Tangan Emas pada edisi kelima Pertandingan KV Skills Kebangsaan 2020.

Mohd Hafis, 17, berkata beliau tidak menyangka kerana tugas yang diberikan agak rumit berkaitan automotif seperti enjin kereta, sistem brek dan sistem pengurusan enjin (EMS).

“Saya bersyukur kerana berkat didikan cikgu saya, A Samsudin Benu, 50, di Kolej Vokasional Kajang membolehkan saya merangkul hadiah utama ini. Pada saya ia bukan mudah untuk dicapai kerana ia menguji pengetahuan saya, apa yang saya belajar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pelajar berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,300 beserta trofi dan sijil setelah berjaya menewaskan 161 peserta daripada Kolej Vokasional di seluruh negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan penutup majlis tersebut yang turut dihadiri, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib.

Pertandingan KV Skills peringkat kebangsaan ini telah berlangsung di Kolej Vokasional Arau dan Perlis menjadi tuan rumah yang bermula sejak Isnin lepas dan berakhir hari ini.

Mohd Hafis turut menjadi johan pada KV Skill Zon Tengah yang diadakan pada tahun lepas membolehkan beliau mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content