RAKYAT Perlis diseru untuk menjalankan tanggungjawab bagi menjelaskan tunggakan elektrik kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Pihak TNB pada ketika ini sedang menjalankan operasi “Ops Hutang, Tepu” iaitu pemotongan bekalan lektrik di seluruh negeri bagi premis-premis pengguna yang terdapat tunggakan.
Operasi tersebut dijalankan sepanjang bulan November hingga Disember ini.
Demikian dipersembah maklumkan oleh Ketua “Retail” TNB Perlis, Azian Alias kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas Baginda berkenan berangkat mengetuai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di Titi Tinggi, Padang Besar baru-baru ini.
Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs telah berkenan menyerahkan bantuan wang tunai RM700 kepada setiap penerima berserta ‘Kits MAIPs Peduli’ dan beras fidyah bagi kelansungan hidup mereka.
Tarikh kemaskini: 4/10/2025