Pentingkan aspek asas keselamatan sebelum berbasikal – Raja Muda Perlis

KANGAR, 21 Dis — Orang ramai dinasihati agar sentiasa mementingkan aspek asas keselamatan sebelum melakukan aktiviti berbasikal.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah aspek asas keselamatan dalam berbasikal seperti pemakaian topi keselamatan dengan cara yang betul, bagi melindungi kepala daripada risiko mengalami kecederaan.

“Selain daripada itu, pemakaian yang sesuai juga penting untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada penunggang basikal,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda turut menasihati penunggang basikal agar memeriksa keadaan basikal dan memastikannya dalam keadaan baik sebelum digunakan.

— BERNAMA

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content