Perlis Benarkan Solat Jemaah Di Masjid Bermula Esok

KANGAR, 30 Jun – Aktiviti solat jemaah di masjid seluruh Perlis dibenarkan, dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid, bermula esok.

Ini berikutan situasi semasa COVID-19 di negeri itu yang semakin terkawal.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran ini hanya melibatkan masjid manakala sebarang aktiviti di surau masih ditangguhkan.

Aktiviti lain di masjid seperti pengajian, kuliah dan seumpamanya juga tidak dibenarkan.

Jemaah hendaklah terdiri dalam kalangan anak kariah berusia antara 12 tahun hingga 59 tahun, manakala bagi jemaah yang berusia 60 tahun dan ke atas dibenarkan dengan syarat telah lengkap 2 dos suntikan vaksin COVID-19.

Tempoh masa pelaksanaan Solat Fardu 5 Waktu adalah selama 10 minit manakala tempoh pelaksanaan Khutbah dan Solat Jumaat adalah selama 15 minit serta laungan azan akan kembali dilaungkan dengan lafaz dan kaedah seperti biasa.

Selain itu, Solat Jenazah dilaksana terhad kepada petugas dan keluarga terdekat manakala sebarang upacara akad nikah boleh dilaksanakan di premis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan premis persendirian dengan mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content