Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan

Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan

KANGAR: Perlis boleh mencontohi Singapura dalam pelbagai aspek termasuk tata kelola, ekonomi dan pembangunan modal insan dengan mengadaptasi strategi bersesuaian mengikut keperluan tempatan.

Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah program pertukaran teknologi digital, kerjasama TVET, lawatan kerja strategik serta kursus jangka pendek dalam bidang kepimpinan, tadbir urus dan kelestarian.

Cadangan itu dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Muhammad Amin Abdul Rahim, ketika program MAIPs Peduli di Kampung Paya, Kangar, baru-baru ini.

Berangkat sama, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Muhammad Amin dalam pada itu memberi komitmen untuk mengukuhkan hubungan antara Singapura dan Perlis, khususnya dalam bidang pendidikan, hubungan serantau dan budaya.

Beliau turut memuji kepimpinan Tuanku Syed Faizuddin yang disifatkan berjiwa rakyat kerana kerap turun padang melalui program sosial seperti Kayuhan MAIPs Peduli.

Dalam edisi keempat kayuhan tahun ini, baginda menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih iaitu Zarina Zakarian, 55, dari Kampung Paya Senduk; Kamal Sudin, 68; dan Salmah Mat, 55, masing-masing dari Paya Kampung Besar.

Baginda dan anakanda turut berkenan meluangkan masa menyantuni penduduk serta melawat padang bola sepak Sun Suria, People’s Arena – Home Of The Swamp Things, lokasi latihan pasukan Suria Paya United SC yang pernah bersaing dalam Liga Super Negeri Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.