Perlis Mulakan Program Sekolah Integrasi Pratahfiz Mulai Januari 2026

Mulai Januari 2026, Negeri Perlis akan melaksanakan Program Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) Pratahfiz, yang menggabungkan model KAFA Pratahfiz Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Tahfiz Muda Ulul Albab Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPNPs). Inisiatif ini bertujuan memperkukuh asas hafazan al-Quran dan akademik sejak peringkat awal persekolahan.

Selain Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang sedia ada, Perlis turut memperkenalkan Ujian Penilaian Sekolah Integrasi Perlis (UPSIPs) pada tahun ini bagi menilai kefahaman murid dalam Program SIPs. Penilaian ini merupakan gabungan kurikulum KAFA (JAKIM) dan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Perkara tersebut dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli, anjuran MAIPs yang berlangsung di sekitar Beseri baru-baru ini.

Program berkonsepkan kayuhan amal itu bukan sahaja menjadi wadah pengagihan bantuan zakat secara langsung kepada golongan asnaf, malah turut berperanan sebagai medium mempereratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Menurut baginda, inisiatif sebegini juga seiring dengan aspirasi memperkukuh jaringan sokongan sosial, selain menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Sempena kayuhan tersebut, Tuanku Raja Muda berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan MAIPs berupa wang tunai berjumlah RM700, Kit MAIPs Peduli, serta beras fidyah kepada tiga penerima asnaf terpilih, iaitu:
Norizan Yahaya, 50, dari Kampung Padang Lati
Hasnul Hassan, 50, dari Kampung Alor Tampang
Abdul Rahim Chat, 65, dari Kampung Padang Lati

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah di Kafe Oven Rimba sempena program berkenaan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.