Perlis Notthern Lions dinobatkan Juara Liga Teqball Malaysia 1025

28 OKT. 2025
Tirai Liga Teqball Malaysia 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di KSL Esplanade Mall, Klang, apabila pasukan Perlis Northern Lions muncul sebagai juara kebangsaan baharu selepas menewaskan MBPJ Black Widow Teqball Team dalam perlawanan akhir yang sarat dengan aksi mendebarkan dan berkualiti tinggi.

Kenyataan media Persatuan Teqball Malaysia (MTA) memaklumkan Pasukan Northern Lions mempamerkan kerjasama berpasukan yang mantap, ketepatan teknik, serta semangat juang luar biasa untuk menamatkan saingan dengan penuh bergaya, sekali gus merangkul kejuaraan pertama mereka dalam sejarah penyertaan. Kejayaan ini turut menjadi detik bersejarah dan membanggakan buat negeri Perlis serta mencerminkan perkembangan pesat sukan teqball di Malaysia.

Kejohanan selama tiga hari itu menyaksikan lapan pasukan terbaik dari seluruh negara berentap bagi merebut gelaran juara, dengan setiap pasukan menampilkan bakat, kemahiran dan disiplin tinggi yang menyerlahkan potensi besar sukan ini di peringkat nasional.

MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Presiden MTA Siva Kumar Jakarathan, yang merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan pemenang serta penghargaan kepada semua pasukan yang bertanding atas semangat kesukanan dan dedikasi tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

“Liga Teqball Malaysia terus menjadi platform penting dalam melahirkan bakat-bakat baharu serta memperkukuh asas sukan teqball di Malaysia. Tahap permainan tahun ini amat membanggakan, dan kami berbesar hati melihat kemunculan juara baharu yang berkualiti,” ujar Siva Kumar.

PENGIKTIRAFAN KEPADA KECEMERLANGAN

Majlis turut memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan individu melalui penyampaian Anugerah Pemain Lelaki Terbaik, Pemain Wanita Terbaik, dan Pasukan Fair Play, sebagai tanda penghargaan terhadap prestasi cemerlang dan nilai murni yang dipamerkan sepanjang liga.

Penganjuran Liga Teqball Malaysia 2025 turut menerima sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Geran Padanan Sukan, di samping kerjasama rakan strategik, penaja, sukarelawan serta pegawai teknikal yang komited dalam memastikan kelancaran acara berprestij ini.

Menutup tirai musim 2025, Persatuan Teqball Malaysia (MTA) bertekad untuk terus memperkasa penyertaan dan pembangunan teqball di seluruh negara melalui program akar umbi, penganjuran liga negeri, serta penglibatan aktif di peringkat antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara negara Asia yang paling pesat membangun dalam arena teqball. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.