PLKN 3.0: Kem Bukit Keteri Hampir Siap, Bakal Jadi Lokasi Ketiga Latihan Nasional

PLKN 3.0 Kem Bukit Keteri Hampir Siap, Bakal Jadi Lokasi Ketiga Latihan Nasional

KANGAR, 9 Jun 2026 – Usaha memperkasakan martabat Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia akan terus dipertingkatkan bagi memastikan kredibiliti angkatan itu kekal dihormati dan relevan dalam mendukung keperluan pertahanan negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selaras dengan pelan pembangunan strategik ARMY 4NEXTG, pengukuhan Rejimen Askar Wataniah kini dipacu secara lebih agresif bagi menyokong evolusi keupayaan Tentera Darat Malaysia.

Menurut baginda, keberkesanan fungsi augmentation atau penambahan kekuatan angkatan bergantung kepada konsistensi latihan serta pemantapan konsep afiliasi yang menggabungkan kerjasama bersepadu antara Angkatan Tetap dan Angkatan Sukarela.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan meninjau perkembangan terkini Projek Pembangunan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Kem Bukit Keteri baru-baru ini.

Keberangkatan baginda selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertujuan memantau kemajuan pembinaan prasarana logistik bagi memastikan kesiapsiagaan kem tersebut berada pada tahap terbaik sebelum menerima kemasukan pelatih dalam masa terdekat.

Skop pembangunan yang sedang dilaksanakan merangkumi pembinaan blok penginapan pelatih, prasarana asas, kemudahan sokongan, tempat ibadat serta kawasan sukan dan rekreasi.

Menurut taklimat yang diterima, pembangunan Fasa 1 Kem Bukit Keteri dijadual siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini.

Kem berkenaan bakal beroperasi sebagai lokasi ketiga pelaksanaan PLKN 3.0 selepas Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah.

Pembangunan kem tersebut dijangka memperkukuh kapasiti latihan negara selain membantu melahirkan lebih ramai belia berdisiplin, berdaya tahan serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi menerusi pelaksanaan semula PLKN 3.0.

Foto: Rejimen 504 Askar Wataniah.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.