Putera Raja Dari 5 Negeri Zahir Harapan Sempena Merdeka

KUALA LUMPUR: Putera raja dari lima negeri buat julung kalinya menzahirkan harapan secara dalam talian menerusi program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ malam ini.

Acara disiarkan secara langsung menerusi Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selama 40 minit melalui saluran Suara Sunnah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta di saluran YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis.

Titah diraja itu dimulakan dengan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang menzahirkan harapan supaya masyarakat Malaysia menekankan kepentingan lima prinsip Rukun Negara demi satu perpaduan.

Empat putera lain adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (Perlis); Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Shah Alhaj (Selangor); Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra (Kelantan).

Semua putera berkenaan bersepakat, pandemik COVID-19 memerlukan seluruh lapisan masyarakat berpegang teguh, berganding bahu dan meneguhkan semangat kekitaan.

Sementara itu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz berkata, masyarakat khasnya rakyat Kelantan perlu segera mendaftarkan diri dalam program vaksinasi.

Tengku Muhammad Ismail pula mengajak seluruh rakyat menjalani kehidupan harmoni bersama, manakala Tuanku Syed Faizuddin Putra pula meminta rakyat menghayati Rukun Negara, memerdekakan diri daripada unsur negatif, selain memastikan remaja sebagai pewaris negara tidak tercicir dan bebas najis dadah.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content