Raja Muda lancar Promosi Makanan Perlis di dua lokasi di kota Medan

Oleh: Sholina Osman
1 OKT. 2025

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran Promosi Makanan Perlis di dua buah lokasi di kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini.

Keberangkatan baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke negara serumpun tersebut pada kali ini adalah bersempena penganjuran International Conference on Holistic Opportunities for Poverty Empowerment (ICOHOPE) yang dianjurkan oleh Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) di bawah naungan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Lokasi pertama ialah di Universitas Deztron Indonesia (UDI).

Pihak UDI diwakili oleh Rektor, Prof. Adjung Dr. Marniati serta Ketua Yayasan Ubudiyah Indonesia, Bapak Dedi Zefrizal, yang hadir memberi sokongan terhadap usaha mempromosikan makanan tradisi Perlis di rantau ini bersama Pemilik merangkap Chef kafe iaitu Hj Yurika Sari.

SAJIAN DI CAFÉ PEJUANG

Menariknya, menu berkenaan akan dijadikan sebahagian daripada pilihan sajian di Café Pejuang UDI untuk sekurang-kurangnya sebulan yang akan datang.

Destinasi kedua pula ialah di Hotel Grand Mercure Medan Angkasa, Medan, yang mana baginda berdua disambut mesra oleh warga hotel bertaraf lima bintang tersebut. Antaranya Sous Chef Johan Pratama, Pengarah Jualan dan Pemasaran Debby Silvia Renny, serta Pengurus Jualan Kanan Asmilati Sirefer.

Promosi ini mempersembahkan menu autentik warisan Perlis yang disajikan dengan kerjasama FCoEE, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), dan Mizza’s Kitchen Gial, Perlis bagi menyokong kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024–2026 serta meraikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.