Raja Muda Perlis Berkenan Hadiri Program Sumbangan Asnaf PKMM Perlis di Mata Ayer

Raja Muda Perlis Berkenan Hadiri Program Sumbangan Asnaf PKMM Perlis di Mata Ayer

MATA AYER, 16 Mac 2026 – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri program sumbangan asnaf anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perlis yang berlangsung di Teratak Rahmat, Pusat Al Islah Perlis, di sini.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini.

Turut hadir wakil daripada THB Maintenance Sdn. Bhd. dan Senggara Utara Sdn. Bhd., selain rakan strategik daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan masyarakat, khususnya dalam membantu golongan asnaf serta mereka yang memerlukan di Perlis.

Dalam program berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan beramah mesra dengan anak-anak penghuni rumah amal tersebut serta menyaksikan penyampaian sumbangan.

Wakil PKMM Perlis turut merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Raja Muda Perlis yang sudi berangkat serta berkongsi titah nasihat dan kata-kata perangsang yang penuh ikhlas dalam sesi sembang santai dan moreh bersama baginda.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.