Raja Muda Perlis: Buli Bukan Budaya Kita

BUKIT BENDERA, Pulau Pinang – 14 Ogos 2025

Budaya buli di sekolah atau di mana-mana peringkat mesti dihapuskan sepenuhnya kerana ia boleh menjadi ‘barah’ yang merosakkan masyarakat jika tidak dibendung. Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, seperti dinyatakan dalam kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Seramai 103 pelajar terbaik dan pengawas terpilih dari seluruh negeri Perlis yang menyertai Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri yang Cemerlang menandatangani ikrar kempen ‘Say No To Bully!! – Buli Bukan Budaya Kami’.

Upacara tandatangan tersebut dipimpin sendiri oleh Tuanku Raja Muda, disertai Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan putera baginda, Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Sebagai sebahagian pengisian bengkel, para peserta dibawa melawat Penang Hill Gallery @ Edgecliff, beriadah di sekitar Bukit Bendera, mengikuti sesi pembelajaran luar kelas bertajuk “Improve Your English”, serta menikmati jamuan petang yang dihoskan oleh Datuk Seri Nazir Ariff di Restoran David Brown.

Pendekatan pembelajaran luar bilik darjah ini dianggap unik dan berkesan dalam memupuk minat belajar, membuktikan bahawa proses pendidikan tidak hanya berlaku di sekolah.

Bengkel selama tiga hari dua malam ini dianjurkan YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Yayasan Bank Rakyat, serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang sentiasa komited menyokong pembangunan pendidikan anak negeri Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content