Raja Muda Perlis: Ilmu Perlu Dijadikan Jalan Ibadah dan Keredhaan Ilahi

Bandung, Indonesia, 14 September 2025 – Ilmu pengetahuan tidak seharusnya dilihat hanya sebagai alat meraih kejayaan duniawi, sebaliknya perlu dijadikan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT serta jalan menuju keredhaan Ilahi.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Raya Al Jabbar di Bandung, Indonesia.

Sumbangan tersebut diterima oleh Imam Masjid, Muhammad Irfan Khalifatullah.
Tuanku Raja Muda turut menegaskan bahawa ilmu yang benar-benar bernilai ialah ilmu yang dimanfaatkan untuk membimbing masyarakat ke arah kesejahteraan serta membawa perubahan positif.
Baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, yang sama-sama berangkat ke Bandung bersempena International Leadership Mobility 2025 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Dalam kesempatan itu, pasangan diraja berkenan menunaikan solat di Masjid Raya Al Jabbar, sebuah masjid ikonik hasil reka bentuk arkitek tersohor Indonesia, Ridwan Kamil.

Masjid tersebut yang siap dibina pada tahun 2020 mampu menampung sehingga 33,000 jemaah pada satu-satu masa. Keunikan reka bentuk futuristiknya menjadikan ia antara mercu tanda baharu Indonesia, dan turut dikenali dengan gelaran Masjid Terapung Gedebage.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.