Raja Muda Perlis ketuai program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Thailand

ZiarahMahabbah

TRANG, 23 Januari – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai rombongan Ziarah Mahabbah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Andaman, Thailand.

Program selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Januari 2026 merupakan edisi ke-11 melibatkan kolaborasi strategik antara MAIPs, Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs, Kerajaan Negeri Perlis, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) serta pelbagai agensi dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Krabi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, ziarah edisi ke-11 itu bagi melestarikan Falsafah Ummatan Wahidah melalui perkongsian pintar dalam pelbagai bidang iaitu kemajuan agama Islam, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan demi manfaat umat Islam.

MAIPs telah lama melakukan kolaborasi bersama enam Wilayah Andaman di Selatan Thailand iaitu Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun iaitu sejak 2015.

MAIPs berkongsi dari segi kepakaran dalam pengurusan zakat, pengurusan halal dan pelbagai lagi berkaitan kemajuan umat Islam.

Sepanjang di Krabi, antara program yang disusun atur termasuk Program Hijrah Minda, Majlis Meraikan Asnaf dan Anak Yatim, Promosi Masakan Perlis, Mesyuarat Khas Akademi Transformasi Asnaf, Program Mawaddah MAIPs Bersama Muslimah Krabi dan Mesyuarat MAIPs bersama wakil 6 Majlis Agama Wilayah Andaman.

Selain itu, turut diadakan Program JAWI oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kerjasama Strategik Akademi Transformasi Asnaf Bersama Usahawan Krabi, Kayuhan MAIPs Peduli, Lawatan ke Festival Halal Krabi, Program Bahasa Melayu DBP dan UniSIRAJ serta Wacana Ummatan Wahidah.

Delegasi yang menyertai Ziarah Mahabbah kali ini termasuk Ahli Majlis MAIPs, Akademi Transformasi Asnaf (ATAM), Ketua-Ketua Jabatan dan agensi, rakan strategik serta media termasuk RTM dan Bernama turut diserikan dengan keberangkatan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.