Raja Muda Perlis Kongsi Tips Elak Bencana

Antara ‘Tips Pra Kebakaran’ yang harus dipraktikkan oleh anggota masyarakat ialah dengan melakukan pemeriksaan berkala ke atas wayar elektrik dan juga memeriksa peralatan elektrik yang digunakan di rumah atau tempat kerja masing-masing. Berikanlah perhatian kepada peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas.

Sementara itu ‘Tips Pasca Banjir’ pula ialah periksa keselamatan saluran gas, wayar dan peralatan elektrik yang tenggelam, periksa barang-barang yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk ke dalam rumah dan buang semua makanan di dalam peti sejuk sekiranya bekalan elektrik terputus melebihi 12 jam. Pada masa yang sama, hubungilah pihak TNB untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum suis utama elektrik diaktifkan semula.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Pengurus Besar Negeri, State Stakeholders Affairs (Perlis/Kedah/Pulau Pinang) Bahagian Regulatory & Stakeholder Management TNB, Azmi Md Yusof di PPJ Al-Abrar MAIPs di Kg Kubang Gajah dekat Arau.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Retail Negeri (Perlis) SME & Residential, Bahagian Retail TNB, Azian Alias.

Sementara itu, Azmi pula menerangkan bahawa bermula dari pertengahan tahun 2020, pihak TNB telah membuat perstrukturan semula beberapa bahagian di dalam bisnes teras organisasi bagi menyediakan syarikat ke arah perniagaan bekalan elektrik yang lebih terbuka di masa akan datang. Di antaranya adalah dengan mewujudkan Jabatan “State Stakeholder Affairs (SSA)” yang diberi tanggungjawab untuk menjaga orang berkepentingan (stakeholders) di setiap negeri.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content