Raja Muda Perlis Santuni Anak-Anak Yatim Dari Kariah Kota Raja Arau

ARAU, 9 April- Institusi kekeluargaan diseru agar memainkan peranan secara proaktif dalam usaha menyokong anak yatim dari pelbagai sudut termasuk perlindungan, pendidikan, kewangan dan kebajikan.

Usaha dan bantuan bagi memuliakan anak yatim ini perlu dilaksanakan secara berterusan sejajar dengan tuntutan agama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, anak-anak yatim merupakan generasi akan datang dan sepertimana kanak-kanak dan remaja lain, mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan dalam membentuk masa depan.

Sehubungan dengan itu, besar harapan untuk melihat institusi kekeluargaan dan masyarakat berganding bahu dalam usaha berterusan menyokong anak-anak ini dari pelbagai sudut khasnya kasih sayang, kebajikan, pendidikan dan kewangan.

Baginda bertitah ketika menyantuni anak-anak yatim dari Kariah Kota Raja Arau di Masjid Negeri Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM20,000 hasil sumbangan masyarakat daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor kepada empat buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di Perlis.

Baginda turut menyaksikan penyerahan van jenazah sumbangan daripada Syarikat Ummul Travel And Tours Sdn Bhd bagi kegunaan Masjid Negeri Arau yang diterima oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content