Raja Muda Perlis santuni, beri semangat kepada pasukan besbol lelaki negara

Oleh: Sholina Osman
26 OGOS 2025
Pasukan besbol lelaki negara kini giat menjalani persiapan rapi menjelang temasya Sukan SEA yang bakal berlangsung di Thailand pada Disember 2025 yang akan datang ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja Persatuan Besbol Malaysia (BFM) berkenan berangkat menyantuni skuad kebangsaan yang sedang menjalani sesi latihan di Padang Besbol, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi BFM, Datuk Zuraida Kamaruddin serta Presiden BFM, Sazali Husain.
Sebagai sebahagian daripada persiapan intensif, skuad negara dijadualkan berlepas ke Taipei, Taiwan untuk mengikuti program latihan bersepadu selama seminggu bersama jurulatih profesional di sana.
MEMPERKASA PEMBANGUNAN BAKAT
BFM kekal komited memperkasakan pembangunan bakat sukan besbol tanah air serta menyediakan platform terbaik demi memastikan Malaysia mampu muncul sebagai pencabar dan bersaing di peringkat tertinggi.
Dalam kesempatan itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan harapan agar skuad besbol negara dapat menimba ilmu dan pengalaman berharga sepanjang berada di Taiwan, seterusnya menterjemahkannya dengan aksi cemerlang di pentas Sukan SEA di Bangkok nanti.
“Setiap titik peluh, pengorbanan dan kerja keras pada hari ini bakal menjadi sumber kekuatan di masa hadapan.
No Pain, No Gain! Teruslah berjuang dengan sepenuh jiwa, demi maruah pasukan dan kejayaan negara tercinta,” tambah Tuanku Raja Muda lagi. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content