Raja Muda Perlis Santuni Mangsa Kebakaran Kampung Pulau Ketam, Maips Hulur Bantuan Segera

Raja Muda Perlis santuni mangsa kebakaran

KUALA PERLIS 18 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat meninjau keadaan serta menyantuni pemilik-pemilik rumah yang terjejas akibat kebakaran yang telah berlaku di perkampungan nelayan Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis.

Dalam lawatan tersebut, Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Yang DiPertua turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada kesemua mangsa yang terlibat.

Bantuan segera ini diharap dapat meringankan sedikit beban mereka.
Lima buah rumah musnah sepenuhnya dalam insiden yang berlaku pada tengah hari semalam, selasa, manakala 3 rumah lagi turut terjejas.

Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 12.50 tengah hari sebelum api marak merebak dengan pantas, dipengaruhi oleh kedudukan rumah yang berhampiran antara satu sama lain serta tiupan angin, sekali gus mempercepatkan kemusnahan.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.
Terdahulu daripada itu, pada sebelah petangnya, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menyantuni mangsa-mangsa tersebut yang tinggal sehelai sepinggang.
Menyambut keberangkatan Baginda ialah Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor serta kepimpinan setempat.

Sumbangan awal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat turut disampaikan oleh Menteri Besar manakala MAIPs pula menyerahkan sumbangan awalnya juga.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.