RAJA MUDA PERLIS TEKANKAN INTEGRITI DALAM TADBIR URUS MAIPs

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2025 – Tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti merupakan asas utama dalam membina kepercayaan masyarakat terhadap sesebuah organisasi, tegas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, setiap ahli organisasi perlu menjunjung prinsip akauntabiliti, ketelusan dan profesionalisme dalam semua aspek pengurusan kerana hanya dengan budaya integriti yang subur, kecemerlangan mampu dicapai.

“Sesebuah organisasi itu hanya akan mencapai kecemerlangan apabila integriti dijadikan asas dalam membuat keputusan dan melaksanakan amanah. Hindarilah daripada perkara-perkara negatif yang boleh mencemarkan nama baik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Islam secara khususnya,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah demikian ketika berkenan mempengerusikan Mesyuarat MAIPs Bilangan Ke-4 Tahun 2025 di ibu negara baru-baru ini.

Pada masa sama, baginda berharap setiap pelan tindakan dan keputusan yang dipersetujui dapat diterjemahkan dengan penuh iltizam serta bertunjangkan kepentingan awam dan nilai-nilai murni demi kemajuan umat Islam di Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content