Raja Muda Perlis Tinjau Projek Auditorium Berkemajuan UMSU Bernilai RM92.6 Juta

27 September 2025
Medan, Indonesia
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Deli Serdang, Medan bagi meninjau perkembangan projek pembinaan Auditorium Berkemajuan dan Walidah Sports Hall di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU).

Kemudahan berimpak tinggi bernilai Rp323 bilion (RM92.6 juta) itu bakal digunakan sebagai Gedung Muktamar Muhammadiyah dan Aisyiyah ke-46 pada November 2027, dan dijangka menjadi mercu tanda kecemerlangan pendidikan, dakwah serta kegiatan sosial di rantau Asia Tenggara.

Rektor UMSU, Prof. Dr. Agussani menyampaikan taklimat mengenai konsep rekabentuk, fasa pelaksanaan dan potensi kegunaan jangka panjang yang mampu memperkukuh peranan UMSU sebagai pusat kecemerlangan umat Islam. Turut hadir Ketua Umum Muhammadiyah, Prof. Dr. Haedar Nashir, yang menzahirkan komitmen penuh memastikan projek disiapkan mengikut jadual.

Dalam titah ringkas, Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan harapan agar gedung baharu ini menjadi pemangkin memperkukuh peranan Muhammadiyah dan Aisyiyah dalam membangunkan modal insan seimbang dari sudut rohani, intelektual dan sosial, selain dimanfaatkan secara optimum oleh warga akademik, pelajar dan masyarakat umum.

Sebagai simbol kenangan, Baginda berkenan menanam sepohon pokok durian di tapak projek, melambangkan persahabatan dan kerjasama yang subur antara institusi Islam Malaysia khususnya Perlis dengan Indonesia.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.