Raja Muda Perlis Ucap Selamat Aidiladha

Raja Muda Perlis ucap selamat Aidiladha

KUALA PERLIS 11 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menitah ucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha” kepada seluruh umat Islam di negeri Perlis.

Demikian titah baginda selepas berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis pagi tadi.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah juga mendoakan agar semua jemaah haji Malaysia khususnya yang berasal dari negeri Perlis akan dapat menunaikan ibadah dengan selamat dan sempurna serta sentiasa dipelihara oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala hingga selamat pulang ke tanah air dengan haji yang ‘mabrur’, Insya-Allah.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.