Raja Muda Perlis Zahir Ucapan Deepavali, Seru Perpaduan dan Keharmonian

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, menzahirkan ucapan Selamat Bergembira sempena perayaan Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di negeri Perlis serta kenalan baginda di seluruh negara.

Sempena perayaan yang penuh makna ini, baginda berdua berharap agar perayaan tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sahabat handai, dalam suasana yang aman, tenteram serta diberkati.

Tuanku Raja Muda turut menyeru seluruh rakyat Perlis, tanpa mengira bangsa dan agama, agar terus memperkukuh semangat perpaduan, memupuk sikap saling menghormati dan mengekalkan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan negeri dan negara.

Baginda berdua, diiringi anakanda-anakanda Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, turut berangkat menghadiri beberapa majlis sambutan Deepavali yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang semalam, serta di negeri Perlis pada hari ini.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.