Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis kunjungi Pusat Anak Yatim Dahikmah, Gopeng

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis kunjungi Pusat Anak Yatim Dahikmah, Gopeng

Oleh: Sholina Osman
10 DIS. 2025

Kira-kira 50 orang anak yatim di Pusat Anak Yatim Dahikmah, Gopeng, Perak bertuah apabila menerima kunjungan tetamu Diraja iaitu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam lawatan tersebut, Baginda berdua turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan ikhlas daripada Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Datuk Qobin (DQ), yang juga merupakan pemilik dan pengasas Himalaya Camping Resort, Gopeng berupa wang tunai berjumlah RM1,000 kepada Surau Kampung Pintu Padang, serta penyerahan bantuan bahan makanan kering kepada 10 penerima terpilih daripada kalangan penduduk kampung tersebut yang memerlukan.

AKTIVITI “COMBAT AEROBIC”

Acara pada petang itu turut diserikan dengan aktiviti ‘Combat Aerobic’ bersama anak-anak yatim berkenaan serta masyarakat setempat, sekali gus menambahkan kemeriahan program walaupun dalam keadaan hujan lebat di luar bangunan.

Aktiviti santai namun penuh bermakna ini diadakan bersempena program ‘TTG Kuala Lumpur Himalaya Outdoor Retreat @ Himalaya Camp Gopeng 2025’.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut sudi meluangkan masa beramah mesra serta berfoto kenangan dengan para pelajar serta pegawai pengiring beberapa buah institusi pengajian tinggi yang secara kebetulan turut mengadakan program University Social Responsibility (USR) masing-masing di lokasi yang sama. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.