KUALA LUMPUR 8 Oktober – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara hari ini.
Turut berangkat ke mesyuarat yang berlangsung Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra , Tunku temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta wakil premier Sarawak, wakil Ketua Menteri Sabah dan Melaka.
Kali terakhir mesyuarat tersebut diadakan adalah pada 15 dan 16 Julai lepas yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.