Raja Perlis, Rakyat Solat Aidiladha Di Perkarangan Istana

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan anakanda Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha dalam suasana norma baharu yang diadakan di kawasan lapang perkarangan Istana Arau, hari ini.

Baginda dan anakanda bersama hampir 300 masyarakat dalam kariah Arau menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Arau, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar bermula pada jam 8 pagi.

Khutbah disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tahun ini, solat sunat Aidiladha dilaksanakan dalam dua sesi iaitu pada jam 8 pagi di perkarangan

Istana Arau dan jam 9 pagi di Masjid Negeri, Arau.
Jemaah yang tidak dapat menunaikan solat sunat Aidiladha di perkarangan Istana Arau dapat berbuat demikian dengan menyertai sesi kedua solat berkenaan di Masjid Negeri, Arau.

Pelaksanaan solat sunat Aidiladha di kawasan tanah lapang selaras dengan ketetapan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan, sebelum ini yang menyatakan bahawa solat sunat Aidiladha di negeri itu akan dijalankan di tanah lapang seperti dilakukan Aidiladha, tahun lalu.

Pelaksanaan solat sunat Aidiladha di tanah lapang termasuk di perkarangan masjid adalah tertakluk kepada ketetapan Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh negeri Perlis.

Tinjauan mendapati, jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka, melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan membawa sejadah sendiri bersaiz standard.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content