Raja Perlis Terima Menghadap Menteri Hal Ehwal Agama

ARAU, 29 Mac — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Istana Arau di sini hari ini.

Zulkifli berkata tujuan menghadap adalah bagi menzahirkan jujung kasih kepada Tuanku Raja Perlis.

“Kita juga ingin melihat bentuk kerjasama baharu antara negeri dan Persekutuan walaupun ia telah terjalin sekian lama,” katanya kepada Bernama sebelum majlis menghadap.

Terdahulu, Zulkifli yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis, melawat Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIPs) dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid Al Hussien, Kuala Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content