Raja Perlis Terima Menghadap Peguam Negara di Kangar

Raja Perlis Terima Menghadap Peguam Negara di Kangar

18 November 2025.
Kangar.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan isteri, dalam satu majlis yang berlangsung di Kangar.

Keberangkatan Baginda berdua diiringi sama oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, telah dilantik sebagai Peguam Negara pada 12 November 2024, berpengalaman luas selama lebih 31 tahun dalam perkhidmatan undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC).

Majlis ini turut menjadi platform bagi bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan pentadbiran undang-undang dan kehakiman di negara ini, sekali gus memperkukuh hubungan erat antara Negeri Perlis dan Jabatan Peguam Negara.

Untuk rekod, sebelum menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara, beliau yang dilahirkan di Machang, Kelantan, kini berusia 58 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.