Raja Puan Muda hadir Program MAIPs Bersama Muslimah Krabi

Raja Puan Muda hadir Program MAIPs Bersama Muslimah Krabi

Laporan oleh Sholina Osman dari Krabi, Thailand
26 JAN. 2026

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Program Mawaddah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bersama Muslimah Krabi di Masjid Ban Khlong Jilad di Krabi, Thailand.

Program ini diadakan sempena Jelajah Ziarah Mahabbah MAIPs bersama Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd ke Wilayah Andaman Thailand di Krabi dari 23 hingga 25 Januari yang diketuai oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs.

Pada majlis ini, Raja Puan Muda disambut oleh komuniti wanita dari kariah masjid berkenaan.

KE SETIAP GERAI

Sebaik tiba, Baginda dibawa melawat ke setiap gerai yang menjual Satu Produk Satu Kampung (OTOP) yang menjual batik dan makanan kering yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.

Pada program berkenaan Baginda dipersembahkan dengan persembahan nasyid oleh pelajar.

Raja Puan Muda juga berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs berupa wang tunai 1000 bath setiap seorang kepada 30 asnaf.

Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan kepada masjid berkenaan dan juga buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.