Raja Puan Muda Perlis berkenan lawat Juma’ani Pavilion, Kek Lapis Warisan

KUCHING: Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil mengetuai rombongan seramai 36 orang acara pasangan, isteri-isteri Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 35/2024 berangkat melawat ke Juma’ani Pavilion dan Kek Lapis Warisan di Kuching hari ini.

Keberangkatan tiba Raja Puan Muda Tuanku Lailatul di Juma’ani Pavilion telah disambut Datin Amar Baduyah Bujang, isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Komander Rejimen 510 Askar Wataniah Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Juma’ani Pavilion merupakan hab fesyen yang memasarkan produk warisan tempatan yang dihasilkan oleh anak Sarawak dalam mempromosi kesenian dan kebudayaan.

Ia juga berperanan sebagai pusat latihan melahirkan bakat pereka muda tempatan dalam bidang fesyen dan tekstil.

Di hab fesyen tersebut, para delegasi meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat sendiri koleksi seperti pakaian moden dengan sentuhan tradisi seperti songket, tudung keringkam, beg tangan serta kasut yang dihasilkan pereka tempatan yang dipamer dan dipasarkan di Juma’ani Pavilion.

Manakala atur cara lawatan pada sebelah petang, para rombongan dibawa ke Kek Lapis Warisan Kuching.

Raja Puan Muda serta rombongan berkesempatan menyaksikan demonstrasi membuat kek lapis Sarawak serta dapat melihat pelbagai jenis kek lapis Sarawak yang ada dan berpeluang membeli kek lapis Sarawak sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content