KRABI, 26 Jan 2026 — Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berkenan berangkat ke Program Mawaddah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama komuniti Muslimah Krabi yang berlangsung di Masjid Ban Khlong Jilad, di sini.
Program berkenaan diadakan bersempena Jelajah Ziarah Mahabbah MAIPs bersama Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) ke Wilayah Andaman, Thailand dari 23 hingga 25 Januari lalu, yang diketuai oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang Dipertua MAIPs.
Ketibaan Raja Puan Muda disambut mesra oleh komuniti wanita kariah masjid berkenaan yang dizahirkan melalui suasana penuh keakraban dan semangat ukhuwwah.
recommended by
How To Get Rich
Kuala Lumpur Trend: Young Millionaire Showed How To Make RM11,800 A Day
Only 1% Of Malaysians Know This
Learn more
Ziarah Gerai OTOP
Ketahui lebih lanjut
Krabi
Pusat hiburan
Blood Brother
Misteri Fraser 1910
Sebaik tiba, Baginda berkenan melawat ke setiap gerai Satu Produk Satu Kampung (OTOP) yang menampilkan hasil kraftangan batik serta pelbagai produk makanan kering yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
Related Articles
Tiada Keperluan Penjelasan di Parlimen Isu 5,207 Hektar Tanah – Anwar
30 January 2026
Rumah urut “ternak” penguatkuasa
30 January 2026
Pada majlis yang sama, Baginda turut dipersembahkan dengan alunan nasyid oleh para pelajar, sekali gus menyerlahkan nilai seni dan budaya Islam tempatan yang disulami elemen pendidikan rohani.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat, Raja Puan Muda Perlis berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs berupa wang tunai sebanyak 1,000 baht kepada 30 orang asnaf. Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada Masjid Ban Khlong Jilad serta naskhah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai usaha menyuburkan ilmu dan memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan dakwah serantau.
Program Mawaddah ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPs dalam memperkukuh hubungan serumpun, memperkasa komuniti Muslimah serta menyantuni kebajikan ummah merentas sempadan secara berhemah dan berkesan.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia