Rindu Perlis Hijau, Lindung Diri, Lindung Semua!

Rakyat Perlis dipohon supaya kekallah bersatu hati, jangan mengalah dengan wabak Covid-19 ini! Insha allah.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan negeri Perlis di antara lima buah negeri yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa isnin, 5 Julai 2021.

Baginda turut mengajak rakyat di negeri ini supaya teruskanlah mengamalkan disiplin kendiri yang tinggi sepertimana sebelum ini walaupun semakin ramai yang sudah divaksinasi.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, ‘Misi besar kita semua ialah bila mana semua rakyat negeri ini terus menerus menjaga SOP dan lebih ramai penduduk mendapat suntikan vaksin, maka cepatlah kita mencapai imuniti kelompok dan seterusnya rakyat Perlis diharapkan akan dapat segera keluar daripada krisis ini’.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda berkongsi simpati dengan anak-anak Perlis di perantauan yang tidak dapat dinafikan semua rindu kepada keluarga di kampung. Namun begitu, baginda memohon jasa baik mereka untuk terus prihatin dan memainkan peranan penuh bertanggungjawab masing-masing kerana setakat ini di Perlis, kes-kes Covid-19 yang dikenalpasti ramai melibatkan kontak rapat ahli keluarga. Oleh itu, sabarlah dulu. Kita masyarakat Perlis mesti menjadi contoh dengan terus mengutamakan semua usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini secara bersama, Insyaallah’.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa Perlis setakat ini berjaya mencatat purata dua kes harian seminggu atau lima kes per 100 000 populasi, kadar penggunaan katil di ICU adalah baik iaitu

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content