Setiap individu yang memegang amanah wajib bertanggungjawab keputusan diambil- Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
9 OKT. 2025

Setiap individu yang memegang amanah wajib bertanggungjawab atas tindakan serta keputusan yang diambil, dan bersedia untuk diaudit serta dinilai dengan adil.

Sebarang proses dan keputusan pentadbiran hendaklah dibuat secara terbuka dan mudah diakses oleh pihak berkepentingan.

Ini penting bagi memperkukuh kepercayaan masyarakat serta mengelakkan salah guna kuasa.

Segala tindakan organisasi juga hendaklah selaras dengan undang-undang, dasar serta prosedur yang ditetapkan.

ASAS KEPADA KECEKAPAN

Ketaatan terhadap sistem ini menjadi asas kepada kecekapan dan keberkesanan pentadbiran.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Ghoffur, Padang Lati, Beseri, baru-baru ini.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

SUMBANGAN ZAKAT MAIPs

Sempena program berkenaan, Baginda berdua berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM105,000 yang diagihkan kepada 150 penerima, melibatkan 75 orang anak kariah Padang Lati dan 75 orang anak kariah Bukit Keteri.

Setiap penerima menerima bantuan tunai sebanyak RM700 seorang, di samping diberi peluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma serta menghadiri ceramah motivasi anjuran MAIPs bertajuk “Bangun Jiwa Asnaf”. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.