Sistem Database Industri Platform Pengumpulan Data

Ras Al Kheimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 26 November 2019 – Pusat Kerjasama Industri dan Kerajaan (CIGC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membangunkan satu sistem database Industri UniMAP (iBase) sebagai platform mengumpulkan data kerjasama universiti berkenaan dengan industri dalam aspek kebolehpasaran graduan, kolaborasi dan latihan industri. Ia memudahkan setiap pusat pengajian memantau kerjasama industri dan merangka strategi bagi meningkatkannya.

Oleh itu, Insya Allah UniMAP juga akan dapat memastikan pihak industri akan terus memberi kepercayaan kepada universiti untuk membantu memacu perkembangan industri serta menepati kehendak industri dengan situasi ‘menang-menang’ menerusi jalinan-jalinan kolaborasi ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP selepas berkenan berangkat mengetuai delegasi mengadakan lawatan ke Streit Group FZE yang terletak di Technology Park, Free Trade Zone, Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pagi semalam.

Menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Sarah Evans dan David Kaufman serta Pengurus Projek, Liam Carvill.

Streit Group FZE merupakan salah sebuah syarikat pembuat kenderaan perisai pelbagai jenis milik individu, terkehadapan di dunia iaitu Guerman Goutorov yang telah beroperasi sejak tahun 1992.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti, Prof Mohd Fo’ad Sakdan dan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa universiti itu, Dr Salsuwanda Selamat.

Badlishah pula menambah bahawa baru-baru ini sempena satu sesi ‘Sembang Santai UniMAP yang dianjurkan dengan Industri’, telah dilancarkan Makmal “Centre of Technology (CoT) @UniMAP”. Makmal ini berfungsi sebagai platform kerjasama UniMAP dengan Industri dalam aspek latihan, konsultansi dan penyelidikan yang lebih bersistematik dan ia disasarkan menjadi pusat teknologi bagi mengukuhkan lagi hubungan dan memperluaskan jaringan industri yang lebih holistik melalui jaringan rakan strategik industri.

Menurut beliau lagi, sebagai permulaan, sebanyak 10 industri telah dikenalpasti untuk menjayakan makmal ini. Malah, segala input sempena sesi santai itu yang diperolehi dari pihak industri akan digunakan dalam penjajaran semula Pelan Strategik UniMAP 2025 yang kini memasuki fasa kedua.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berada di UAE bagi mengetuai lawatan kepimpinan universiti berkenaan bersempena ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ ke negara itu.

Pada ketika yang sama, delegasi selebihnya rombongan berkenaan mengadakan lawatan bagi menerima taklimat dan juga meninjau ke kilang sebuah syarikat kebangaan dari Malaysia yang merupakan pakar dalam kerja-kerja keluli struktur iaitu Eversendai Corporation Berhad yang terletak di Sharjah dan disambut oleh Pengurus Kumpulan bagi Sumber Manusia dan Pentadbirannya, Premnath Kumaran.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content