TUDM bakal terima aset pertahanan baharu

ARAU, 29 Sept — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima beberapa aset baharu tidak lama lagi dalam memperkukuhkan benteng pertahanan ruang udara negara.

Panglima TUDM, Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata tender bagi pembelian ‘Maritime Patrol Aircraft’ (MPA), ‘Unmanned Aircraft Systems’ (UAS) dan ‘Ground Based Radar’ telah dikeluarkan dan kini dalam proses perolehan.

Beliau berkata selain itu kerajaan juga telah meluluskan pemohonan sewaan helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri yang ditamatkan perkhidmatan.

“Pemohonan itu (sewaan helikopter) telah diluluskan, kita kini dalam proses untuk membuat sewaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini.

Ditanya mengenai harapannya pada pembentangan Belanjawan 2021 nanti, Ackbal berharap kerajaan akan mempertimbangkan beberapa lagi pemohonan TUDM bagi memperkasakan pertahanan udara.

— BERNAMA

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content