UniMAP guna EV

0 November 2025.
Pauh Putra.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) secara rasmi memperkenalkan dua buah Bas Elektrik (EV) baharu hasil kerjasama strategik dengan IR-Saf Holiday & Express Sdn. Bhd., bagi menyediakan kemudahan mobiliti harian yang lebih selamat, selesa dan mesra alam kepada para pelajar serta seluruh warga universiti.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Canselor UniMAP di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra baru-baru ini.

Langkah ini menandakan komitmen proaktif universiti dalam menyokong pembangunan teknologi hijau serta pengurangan pelepasan karbon, selaras dengan aspirasi kelestarian negara dan Agenda Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Hadir sama, Naib Canselor, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli; Ahli Lembaga Pengarah UniMAP, Muhamed Ali Hajah Mydin; serta barisan pengurusan tertinggi universiti.

Inisiatif ini turut menjadi sebahagian daripada usaha UniMAP ke arah merealisasikan sasaran Kampus Rendah Karbon menjelang tahun 2030.

Pelaksanaan penggunaan bas EV juga menegaskan peranan universiti sebagai peneraju inovasi, teknologi dan kelestarian dalam kalangan Institusi Pendidikan Tinggi.

UniMAP komited untuk terus memperluas penggunaan mobiliti hijau pada masa hadapan, termasuk penambahan lebih banyak kenderaan elektrik dan pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh kampus bagi menyokong ekosistem mobiliti mampan.

Pelancaran bas EV ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh agenda kelestarian universiti sambil memastikan kemudahan pergerakan yang selamat, selesa dan inklusif untuk semua warga kampus.

Bas EV yang diperkenalkan turut dilengkapi ciri mesra OKU seperti ruang khas kerusi roda, akses masuk rendah (low-floor), serta pelbagai ciri keselamatan tambahan bagi memastikan perjalanan yang lebih mudah, selesa dan inklusif.

Selain itu, penggunaan bas EV mampu menawarkan perjalanan yang lebih senyap dan mesra pengguna, di samping berpotensi mengurangkan kesesakan trafik dalam kampus serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih efisien dan mampan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.