UniMAP meterai dua MoU bersama ITSM, PCR dari Indonesia

UniMAP meterai dua MoU bersama ITSM, PCR dari Indonesia

Oleh: Sholina Osman
30 NOV. 2025

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Teknologi dan Sains Mandala (ITSM) dan Politeknik Caltex Riau (PCR) dari Indonesia, sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan jaringan kerjasama akademik, penyelidikan, dan pembangunan kepakaran antara Malaysia dan Indonesia.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP, berkenan berangkat menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut di Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Majlis tersebut dihadiri oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Rektor ITSM, Prof. Madya Dr. Suwignyo Widagdo serta Pengarah PCR, Dr. Dadang Syarif Sihabudin Sahid.

INI MEMBUKA RUANG

MoU yang ditandatangani ini membuka ruang kepada pelbagai inisiatif penting, termasuk penyelidikan bersama melalui geran padanan atau geran antarabangsa, diikuti dengan penerbitan bersama dalam jurnal berindeks.

Selain itu, UniMAP bersetuju menerima pensyarah dan penyelidik dari PCR dan ITSM untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah, manakala pensyarah UniMAP pula akan dihantar ke Indonesia bagi tujuan penyeliaan, bengkel, dan kolaborasi akademik.

Bagi PCR, seramai sembilan orang staf telah dikenal pasti untuk mengikuti program Doktor Falsafah di UniMAP.

MERANGKUMI PENGANJURAN SEMINAR

Kerjasama ini juga merangkumi penganjuran seminar, bengkel, konferens, dan program latihan bersama di Malaysia dan Indonesia bagi meningkatkan perkongsian ilmu serta teknologi.

Tambahan pula, program khidmat komuniti bersama yang selari dengan aspirasi Education for Sustainable Development (ESD) akan mengukuhkan kesedaran dan sumbangan institusi terhadap pembangunan mampan.

Majlis menandatangani MoU ini menegaskan komitmen UniMAP untuk terus memperluas jaringan antarabangsa serta memupuk kerjasama akademik yang memberi manfaat kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kepakaran serantau. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.