UniMAP Perolehi Geran Pendidikan

Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 24 November 2019 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya memperolehi sebanyak 2,267 geran penyelidikan dengan nilai hampir 140 juta ringgit sejak tahun 2003. Ini termasuk geran industri dan antarabangsa, selain geran dalaman dan geran kerajaan. Malah bagi tahun ini juga, tiga penyelidik UniMAP berjaya memperolehi geran antarabangsa iaitu Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, Dr Ammar Zakaria dan Dr Nur Saifullah Kamarrudin.

Sesungguhnya penulisan di dalam jurnal, khususnya yang berimpak tinggi, membolehkan para penyelidik UniMAP menempa nama di bidang yang diceburi. Tidak kurang juga mustahaknya penerbitan di dalam persidangan, iaitu arena intelektual yang membolehkan para sarjana menjalin jaringan ilmu untuk merancakkan lagi kajian masing-masing selain dirujuk dunia.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP selepas berkenan berangkat mengetuai delegasi ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)’ di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di UAE yang beralamat di Unit 19B, Level 19, Tamouh Tower, 12, Marina Square, Reem Island – Abu Dhabi pada malam semalam.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Duta Besar Malaysia di sini iaitu TYT Mohd Tarid Sufian, para pegawai kedutaan serta Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid.
Berangkat sama mengiringi baginda ialah anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti, Prof Mohd Fo’ad Sakdan dan Yang DiPertua MPP UniMAP Sesi 2018/9, Muhammad Amir Harith Abdul Jalil.
Badlishah pula menambah bahawa ‘Alhamdulillah, baru-baru ini jurnal “International Journal of Nanoelectronics and Materials (IJNeaM)” yang bermula sejak 2008 menerima ‘Pengiktirafan Jurnal Creme 2019’ dan diterima untuk terindeks oleh Scopus pada 2013 seterusnya disenaraikan sebagai ‘Emerging Source Citation Index sejak 2017’’. IJNeaM Editorial Board ini diketuai Dr Ramzan Mat Ayub dan diselaraskan oleh Penerbit UniMAP.
Tambah beliau lagi, di majlis yang sama iaitu di Majlis Malaysia Research Star Award (MRSA) 2019, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (P&I) Prof Dr Uda Hashim diumumkan sebagai penerima ‘Anugerah Malaysia’s Research and Innovation Excellence (Science & Applied Science)’ bagi kategori Research & Innovation Excellence’ dari Clarivate Analytics serta Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan UniMAP, Prof Madya Dr Ong Soon An pula bagi kategori ‘Prominent Topics in Research’ dari Elsevier.
Terdahulu, di majlis yang sama, Duta Besar TYT Mohd Tarif menasihat dan mengingatkan rakyat Malaysia samada yang bermastautin atau melawat ke UAE supaya sentiasa mematuhi undang-undang negara berkenaan.
Pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa pihak pejabat Kedutaan Malaysia di UAE mengucapkan oenghargaan kepada pihak pengurusan UniMAP kerana memilih negara itu bagi melaksanakan program mereka pada tahun ini dan berharap agar setiap ahli delegasi yang hadir dapat memanfaatkan pengalaman ini dengan sebaik mungkin untuk diaplikasikan di tanah air kelak.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content