Zahir Rasa Cinta Mendalam Terhadap Negara

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun memberi erti yang mendalam terhadap seluruh rakyat.

Titah baginda, sambutan itu biarlah benar-benar lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap negara.

Baginda mengingatkan, setelah melalui pelbagai pengalaman berbeza terutama daripada soal pentadbiran negara sebelum ini, maka diharapkan selepas ini kerajaan lebih matang dalam menguruskan negara dan melangkah ke arah kecemerlangan masa depan.

“Perlu kita sedar, walau apapun krisis yang berlaku, pastikan asas kenegaraan, Perlembagaan dan identiti negara terus dipertahan oleh setiap warga pertiwi,” titah baginda selepas berkenan menyaksikan forum kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 bertajuk Malaysia Prihatin, yang diadakan secara dalam talian di sini hari ini.

Forum anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama agensi-agensi agama Islam negeri ini dikendalikan oleh Mohd. Rizal Azizan selaku moderator dan menampilkan barisan panel berwibawa seperti Datuk Badlishah Alauddin; Datuk Kamarudin Abdullah dan Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan seluruh rakyat bahawa Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, kemegahan, kekuatan dan kemerdekaan negara.

“Justeru, bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan kali ini, marilah kita semua bersama-sama terus mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, bangunan-bangunan pejabat dan gedung perniagaan serta di kenderaan masing-masing.

“Inilah salah satu usaha kecil untuk kita lahir dan pamerkan tanda cinta kita kepada negara Malaysia tercinta,” titah baginda.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content