Oleh: Sholina Osman
Foto: Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis
15 APRIL 2026
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad serta Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab di Kangar baru-baru ini.
Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ghazali Chik.
Majlis mengadap tersebut memberi penekanan kepada usaha memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan, termasuk peningkatan fasiliti perubatan serta pemerkasaan tenaga kerja kesihatan, bagi memastikan rakyat di negeri Perlis terus menerima rawatan yang berkualiti, cekap dan efisien.
PENGUKUHAN KERJASAMA
STRATEGIK
Usaha ini dilaksanakan melalui pengukuhan kerjasama strategik sektor kesihatan antara peringkat negeri dan Persekutuan.
Selain itu, pertemuan berkenaan turut menjadi platform penting bagi menerangkan dasar serta inisiatif kesihatan awam antara Negeri Perlis dan Kementerian Kesihatan Malaysia, meliputi aspek kesiapsiagaan menghadapi cabaran kesihatan semasa, pengurusan penyakit tidak berjangkit, serta pengukuhan program kesihatan komuniti di peringkat akar umbi. – JM
MyHRMIS Mobile  App: Malaysian Government Mobile App Gallery