TELOK BAHANG, 20 Ogos 2026 – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail terus membakar semangat atlet negeri yang berjuang pada SUKMA Selangor 2026 dengan menitahkan kontinjen Perlis supaya berjiwa besar dan memberikan saingan terbaik demi maruah negeri. Astronomi
Baginda bertitah, setiap atlet perlu membawa semangat Kuning Biru Perlis yang tidak mengenal erti gentar ketika berdepan lawan sepanjang temasya berkenaan.
Titah berkenaan disampaikan Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menerusi rakaman video ketika menghadiri Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang di Pulau Pinang, semalam.
recommended by
As-Salihin
Rancang Harta Demi Masa Depan
Lindungi hak keluarga anda sekarang
Ketahui lanjut
Program berkenaan dianjurkan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Ketahui lebih lanjut
Royalti
Pulau & Pantai
Hak Asasi Manusia & Kebebasan
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, Baginda sentiasa mengikuti perkembangan atlet-atlet Perlis yang sedang berjuang membawa cabaran negeri pada temasya berkenaan. Royalti
Related Articles
Jati diri asas lahir insan berkualiti, pemimpin berwibawa – Raja Muda Perlis
22 August 2026
Raja Muda Perlis seru pelajar bina kekuatan dalaman hadapi cabaran
22 August 2026
Baginda turut menzahirkan harapan agar setiap atlet dapat mempamerkan semangat juang tinggi serta berusaha mencapai keputusan terbaik bagi mengangkat martabat Perlis.
Menurut Baginda, atlet yang bertanding bukan sekadar mengejar kemenangan dan pingat, sebaliknya membawa nama serta maruah negeri setiap kali turun ke gelanggang.
Justeru, semangat keberanian, keyakinan dan daya juang perlu terus dipertahankan sehingga berakhirnya saingan.
Sokongan berterusan Institusi Diraja Perlis itu turut menjadi suntikan semangat kepada kontinjen negeri dalam usaha memburu kejayaan pada SUKMA Selangor 2026.
MyHRMIS Mobile  App: Malaysian Government Mobile App Gallery