ARAU, 10 Sept — Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad di Balai Mengadap Hijau, Istana Arau, di sini.
Turut berangkat sama, Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Pertemuan itu mencerminkan hubungan erat antara Institusi Diraja Perlis dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Tentera Darat Malaysia dalam memperkukuh kerjasama berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Dadah
recommended by
Mobility
Sakit sendi yang teruk? Buat ini sebaik anda bangun tidur
Ketahui Lanjut
Hubungan berkenaan mempunyai kepentingan tersendiri memandangkan kedudukan Perlis sebagai negeri paling utara di Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand, sekali gus menjadikannya antara kawasan strategik dalam aspek keselamatan sempadan negara.
Jalinan kerjasama kukuh antara Perlis dan ATM amat penting dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negeri dan negara terus terpelihara, selain menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Related Articles
Woodball erat hubungan strategik UniMAP-ATM
13 September 2026
MIDF salur RM98,125 perkasa bilik ulang kaji MADI
13 September 2026
Kerjasama itu turut menjadi landasan penting dalam mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi sebarang cabaran keselamatan yang berpotensi menjejaskan keamanan serta kestabilan negara.
Ketahui lebih lanjut
Angkatan Tentera
Rujukan Geografi
Industri Pertahanan
Komitmen berterusan antara Institusi Diraja Perlis dan ATM sekali gus mencerminkan kesepaduan dalam mempertahankan kedaulatan negara serta memastikan Perlis kekal aman dan selamat sebagai antara benteng hadapan negara di utara Semenanjung.
Tuanku Syed Sirajuddin merupakan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja, manakala Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah.
Tuanku Syed Sirajuddin yang juga alumni Royal Military Academy Sandhurst, England, turut berkenan berkongsi pengalaman Baginda ketika berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Kor Peninjau Diraja.
Pengalaman ketenteraan Baginda merentasi antara tempoh penting dalam sejarah keselamatan negara ketika Malaysia berdepan ancaman komunis, Konfrontasi Indonesia-Malaysia serta pergolakan yang membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969. Dadah
Latar belakang ketenteraan Baginda itu turut memberikan dimensi tersendiri kepada pertemuan berkenaan, khususnya dalam membicarakan kepentingan kesiapsiagaan, keselamatan dan pertahanan negara.