Woodball erat hubungan strategik UniMAP-ATM

Woodball erat hubungan strategik UniMAP ATM

PAUH PUTRA, 13 Sept — Hubungan strategik antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperkukuh menerusi penganjuran perlawanan persahabatan ‘UniMAP x ATM Woodball Friendly’ di Laman Woodball UniMAP, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kampus Alam Pauh Putra, di sini.

Program itu dianjurkan sebagai acara sampingan khas sempena Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Kali Ke-44 yang dihoskan UniMAP.

Penganjurannya turut bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan universiti berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berkenan berangkat menghadiri perlawanan persahabatan itu.

Turut mengambil bahagian, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Haji Malek Razak Sulaiman dan Naib Canselor UniMAP, Leftenan Kolonel Datuk Prof Dr Zaliman Sauli serta barisan kepimpinan tertinggi ATM dan pengurusan universiti.

Penganjuran perlawanan berkenaan bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, malah membuka ruang interaksi lebih dekat antara kepimpinan dan warga UniMAP dengan ATM dalam suasana santai menerusi aktiviti sukan.

Ia sekali gus memperkukuh hubungan strategik yang sekian lama terjalin antara kedua-dua institusi, khususnya menerusi pelaksanaan PALAPES dalam melahirkan pegawai simpanan ATM dalam kalangan mahasiswa universiti.

Pada masa sama, program itu menjadi platform memperkenalkan sukan woodball secara lebih meluas kepada masyarakat.

Usaha berkenaan selari dengan komitmen UniMAP dan Perlis untuk terus memperkasakan pembangunan woodball termasuk menyediakan ruang serta pendedahan kepada atlet sehingga mampu bersaing pada peringkat lebih tinggi dan antarabangsa.

Perlawanan persahabatan itu turut menjadi antara acara pembuka tirai menjelang kemuncak Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA Ke-44 yang berlangsung pada 12 September.

Istiadat berkenaan menyaksikan seramai 1,885 pegawai kadet daripada 20 universiti awam seluruh negara menerima tauliah, sekali gus menjadi antara perhimpunan terbesar pegawai kadet PALAPES universiti awam.

Foto: Istana Arau

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.